This page is also available in: enEnglish (English)

Kerjaya di 3E Accounting Malaysia

We are Hiring Now. We Want You!

[mashvideo]

3E ACCOUNTING MALAYSIA merupakan firma berpangkalan di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan perakaunan, perkhidmatan cukai dan pematuhan untuk syarikat permulaan dan syarikat bersaiz kecil hingga sederhana. Pejabat kami di Kuala Lumpur.

3E ACCOUNTING MALAYSIA merupakan firma ahli kepada 3E Accounting.

3E Accounting merupakan jenama yang digunakan oleh rangkaian firma perakaunan dan perundingan bebas. Setiap ahli rangkaian adalah firma yang berasingan. Jenama ini dimiliki oleh 3E Accounting di Malaysia. Rangkaian ini diuruskan oleh 3E Accounting Malaysia.

Kami telah diiktiraf oleh ACCA sebagai Majikan Berkelulusan sejak 8 Jun 2014. Program Majikan Berkelulusan oleh ACCA hanya menamakan syarikat-syarikat yang diiktiraf ACCA kerana mempunyai standard tinggi di dalam latihan dan pembangunan kakitangan.

Kami sedang berkembang pesat dan mencari individu cerdas yang bergerak maju seiring dengan persekitaran kerja yang pantas. Kami mencari jurucakap yang mampu mengutarakan idea dengan baik dan memahami gambaran besar mengenai perniagaan. Jika anda bertenaga, berdedikasi dan bersemangat, 3E mahukan anda!

Kami kini membuka peluang kerjaya dan mencari rakan kongsi dan sekutu yang boleh menjadi sebahagian daripada pasukan profesional perakaunan, percukaian dan kesetiausahaan kami yang dinamik. Kami komited untuk membantu anda berkembang dan berjaya. Jadikan diri anda sebahagian daripada pasukan profesional 3E Accounting di dalam perakaunan, percukaian, kesetiausahaan korporat catar serta pengurus perniagaan!

Sekiranya anda memiliki apa yang kami kehendaki, emel resume anda kepada info@3ecpa.com.my

3E menawarkan manfaat yang menarik:

  • Ganjaran kompetitif dan bonus prestasi
  • Bonus perkhidmatan jangka panjang
  • Faedah persaraan
  • Persekitaran kondusif agar anda mampu berkembang
  • Latihan berkala
  • 5 hari bekerja
  • Keseimbangan kerjaya-hidup
  • Waktu kerja anjal

Nilai Teras Kami

Profesional
Kami menjalankan perniagaan mengikut piawaian tingkah laku dan etika profesional yang paling tinggi. Kami telus, jujur dan beretika dalam semua interaksi kami dengan ahli pasukan, pelanggan, pembekal dan orang ramai.

Peningkatan Berterusan
Kami mengukur, memantau, menganalisa dan meningkatkan produktiviti, proses, tugas dan diri bagi memuaskan pelanggan dan para pemegang saham. Kami bekerja dengan semangat dan daya intelek, serta didorong untuk mengatasi apa yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Inovasi
Kami menjangkakan perubahan dalam keperluan pelanggan dan mencipta penyelesaian fleksibel dan berdaya maju untuk menyokong mereka.

Kepimpinan
Kami memupuk kepercayaan dan semangat kerjasama demi menghasilkan pemimpin yang memberi tumpuan kepada prestasi yang mapan dan unggul. Kami menetapkan contoh-contoh positif dan menerapkan kepada orang lain agar mereka dapat mengikuti garis panduan kepimpinan.

Menghormati
Kami meraikan setiap bakat unik individu dan menghormati pelbagai gaya hidup dan gaya kerja. Kami beroperasi dengan semangat kerjasama dan menghargai maruah manusia.

Empati
Kami mendengar, berkomunikasi dan prihatin terhadap keperluan pelanggan, pemegang saham dan ahli pasukan.

Semangat Berpasukan
Kami bekerjasama di dalam dan di luar organisasi untuk memaksimumkan perkongsian pengetahuan dan memberikan nilai tambah kepada ahli pasukan kami, para pelanggan serta pemegang saham.

Jawatan Terbuka Semasa: