This page is also available in: enEnglish (English)

Print Friendly

Pertimbangan Utama Sebelum Warga Asing Memulakan Perniagaan di Malaysia

Dengan liberalisasi dasar ekuiti, pelabur asing secara amnya boleh memegang 100% ekuiti dalam industri majoriti kecuali sektor strategik yang mempunyai kepentingan negara.

Bagi sektor pembuatan, sila rujuk Dasar Ekuiti dalam Sektor Pembuatan

Bagi sektor perkhidmatan, sila rujuk Liberalisasi Sektor Perkhidmatan di Malaysia

Walau bagaimanapun, terdapat peraturan-peraturan sektor tertentu yang dikeluarkan oleh jabatan-jabatan kerajaan yang mengenakan polisi yang ketat seperti pembayaran modal yang lebih tinggi. Sebagai contoh, pembayaran modal untuk syarikat perdagangan milik tempatan adalah RM2 manakala syarikat perdagangan milik asing (pemilikan asing melebihi 51%) adalah RM 1 juta.

Jika 100% penyertaan warga asing tidak dibenarkan, pelabur asing boleh juga mempertimbangkan untuk kerjasama dengan rakan kongsi tempatan. Usaha sama dengan rakan kongsi tempatan (yang memiliki lebih daripada 51% saham) juga boleh membantu untuk menurunkan syarat kemasukan perniagaan seperti pengecualian daripada lesen WRT dan juga dengan mengurangkan kos yang berkaitan.

Terdapat banyak cara untuk menjalankan perniagaan di Malaysia – Pemilik Tunggal, Perkongsian Konvensional, Perkongsian Liabiliti Terhad, Syarikat Pemerbadanan Tempatan atau Syarikat Asing. Walau bagaimanapun, warga asing tidak boleh memulakan syarikat pemilikan tunggal atau perkongsian di Malaysia, melainkan jika mereka merupakan penduduk tetap (PR) di Malaysia.

Pemilihan jenis entiti perniagaan juga akan memberi kesan kepada syarat pematuhan, struktur cukai dan sebagainya. Sila klik untuk mendapatkan perbandingan antara entiti perniagaan yang berbeza. Anda juga boleh merujuk kepada Pemilihan Penubuhan Syarikat Asing.

Keperluan asas untuk menubuhkan Syarikat Tempatan Yang Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat, 1965: –

(i) Sekurang-kurangnya satu langganan dalam syer syarikat (Seksyen 14 CA);
(ii) Mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengarah bermastautin (Seksyen 122); dan
(iii) Seorang setiausaha syarikat yang boleh menjadi sama ada:

  • Seorang individu yang merupakan ahli badan profesional yang ditetapkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; atau
  • Seorang individu yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

 
(iv) Membayar modal minima sebanyak RM1

Sila ambil perhatian bahawa warga asing akan dianggap sebagai pengarah pemastautin jika tempat prinsipalnya ataupun satu-satu tempat kediamannya berlokasi di Malaysia; iaitu apabila dia mempunyai pas pekerjaan atau pas pemastautin tetap di Malaysia.

Dengan ini, 3E boleh membantu orang asing dalam memenuhi keperluan ini melalui Perkhidmatan Pencalonon Pengarah.

Sila ambil perhatian bahawa terdapat set-set peraturan yang tertentu yang dikeluarkan oleh jabatan-jabatan kerajaan untuk industri-industri yang berbeza. Ini termasuk peraturan-peraturan yang boleh mengenakan sekatan ke atas ekuiti syarikat pemilikan warga asing, mengenakan pembayaran modal yang lebih tinggi dan juga mendapatkan kelulusan terlebih dahulu sebelum memulakan operasi perniagaan (contohnya: kelulusan tertentu, lesen perniagaan, permit atau pendaftaran).

Sila ambil kira kesemua syarat, terutamanya syarat modal berbayar sebelum anda menceburi ke dalam proses pemerbadanan. Menubuhkan sebuah syarikat dengan pembayaran modal minimum sebanyak RM2 adalah cepat dan agak murah tetapi kemungkinan anda tidak dibenarkan beroperasi kerana syarikat tidak memenuhi syarat-syarat pelesenan dan / atau warga asing tidak berjaya mendapatkan pas pekerja untuk bekerja di Malaysia.

Lesen perniagaan boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan yang berbeza, iaitu:

(Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Lesen Perniagaan di Malaysia)

  • Lesen am
  • Lesen Khusus sektor Industri
  • Lesen Khusus aktiviti

 
Lesen yang paling biasa diperlukan untuk syarikat pemilikan asing adalah lesen WRT.

Lesen WRT boleh digunkan oleh mana-mana Penyertaan Asing (mempunyai ekuiti asing sebanyak 51% dan ke atas) dalam Perkhidmatan Pengedaran Dagangan Malaysia yang termasuk pemborong, peruncit, pengamal francais, penjual langsung, pembekal, yang menyalurkan barangan mereka di pasaran domestik, dan ejen komisen atau wakil-wakil lain yang termasuk syarikat perdagangan antarabangsa.

Lesen WRT diperlukan oleh semua sektor perniagaan yang dinyatakan sebelum kebenaran diberikan untuk memohon permit pekerjaan profesional. Untuk WRT, pembayaran minimum yang perlu dibayar sebagai modal adalah RM 1 juta, dengan penyediaan penuh premis perniagaan yang disokong dengan perjanjian penyewaan sah, talian telefon dan lain-lain sebagainya.

Penebuhan sebuah syarikat di Malaysia tidak menjamin pelabur asing / pengarah boleh menetap di Malaysia untuk jangka masa yang panjang. Pelabur-pelabur asing / pengarah masih perlu melalui proses mendapatkan permit pekerja atau melalui permohonan MM2H untuk menetap di sini untuk jangka masa panjang.

Syarat penubuhan syarikat milik asing bergantung kepada aktiviti yang dijalankan, struktur pemegang saham, keperluan permit kerja dan sebagainya.

Sila hubungi kami melalui info@3ecpa.com.my untuk menghantar maklumat-maklumat yang berikut supaya kita boleh lebih memahami keperluan syarikat anda, memberi anda nasihat yang berfaedah dan juga menghantar sebut harga yang berpatutan.

  • Aktiviti perniagaan & anggaran pendapatan tahunan yang dicadangkan
  • Modal yang dibenarkan & dibayar syarikat
  • Cadangan struktur pemegang saham, iaitu bilangan pemegang saham, kewarganegaraan pemegang saham dan pegangan saham
  • Cadangan struktur pengarah, iaitu bilangan pengarah, kewarganegaraan pengarah
  • Lesen perniagaan yang diperlukan untuk perniagaan yang dicadangkan
  • Anggaran keperluan sumber manusia di Malaysia, iaitu bilangan kakitangan (dalam / luar negeri)
  • Pas pekerjaan yang diperlukan untuk pengarah-pengarah asing